29 June 2024

AL-FATIHAH - IBU PENYANYI WANN DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada penyanyi terkenal, Wann Rashidah atas pemergian ibunya iaitu Junaidah Shaari atau Miss June, 73, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 4.46 petang tadi.



Wann yang kini menetap di Singapura itu bersyukur sempat pulang dari Singapura bersama adiknya, Wan Intan Suraiya untuk berada di samping ibu mereka pada akhir hayatnya.

"Alhamdulillah kami kat sini, berdua dengan adik. Kami sempat jaga mak kat hospital," tuturnya.

Sementara itu, adik kepada Wann iaitu Wan Samirah Meor Abdul Rashid memberitahu, Allahyarham ibunya sudah lama menghid@p kans£r hati tahap empat.

"Memang doktor dah cakap pada abah yang mak tak dapat bertahan lama lagi. Malam kelmarin adalah kali terakhir saya urut mak.

"Jenazah mak akan dibawa balik ke surau PPR Sri Aman, Jinjang dan dijangka dikebumikan jam 11 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Batu Lima jalan Ipoh (belakang k0mplek membeli belah) Sungai Mas," katanya.

Difahamkan, semasa hayat ibu Wan, Allahyarham Miss June adalah insan terpenting menjadi pengurus membawa kejayaan penyanyi terb@bit ketika itu.

Selain Wann, dua anaknya yang turut merakamkan album ialah Wan Salmiah atau Hawa dan Wan Samirah yang mesra dengan panggilan Wann Kecik.

Allahyarham meninggalkan suami Meor Abdul Rashid serta tujuh anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: