06 June 2024

JIKA BERJODOH SEMULA DENGAN DATUK RED - ADIRA TAK TOLAK



"Siapa lah kita nak menolak. Kita bukan sesiapa, yang pegang hati kita Allah SWT. Tapi buat masa sekarang lah, memang tak ada nampak sinar tu."
Itulah ujar penyanyi Adira Suhaimi yang berkata, dia tidak menolak seandainya berjodoh semula dengan bekas suaminya, usahawan Datuk Red.

Menerusi sesi siaran langsung di TikT0k, Adira menjawab soalan daripada TikT0kers terkenal, Acap S bahawa dia tidak mampu menolak jodoh jika ia telah ditentukan.

Sementara itu, Datuk Red pula mengakui, demi anak-anak mereka, dia kini lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan bersama Adira.

"Buat masa sekarang ni, hati saya baik kami berkawan. Andai kata terjadi pun, saya tak nak. Saya rasa lebih baik kami berkawan.

"Kami dah berbincang sebenarnya. Kami lebih selesa berkawan dan seronok lagi berkawan demi anak-anak," tuturnya.

Untuk makluman, Adira sah bercerai dengan Datuk Red dengan talak satu pada 23 April lalu dan bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: