13 June 2024

KELIHATAN TENANG, ANGGAP ANAK HARTA PALING BERNILAI - BELLA ASTILLAH TAK TUNTUT APA-APA, DOAKAN YANG TERBAIK BUAT BEKAS SUAMI, ALIFF AZIZ



"Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Harapnya ini adalah kali terakhir saya berada di mahkamah. Syukur semuanya dipermudahkan dan saya percaya orang luar pun sudah penat dengan k£s kami, apatah lagi saya yang men@nggungnya.

"Terima kasih kepada peguam yang permudahkan segala urusan perceraian ini. Sekarang adalah fasa untuk saya 'move on' sebab banyak lagi nak buat termasuk menjaga anak-anak".

Demikian tutur pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, yang meluahkan rasa syukur apabila lafaz cerai talak satu yang dibuat suaminya yang juga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini, dipermudahkan dan berjalan lancar.

Dalam pada itu, Bella yang kelihatan tenang ketika Aliff melafazkan cerai talak satu, berkata, fokus utamanya kini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab kepada anak-anaknya.

Disamping itu, Bella turut menjelaskan, sebab utama dia tidak membuat sebarang tuntutan terhadap Aliff kerana sudah memiliki harta yang paling besar dalam hidupnya iaitu anak-anak.

"Saya tidak minta apa-apa sebab harta yang paling bermakna dalam hidup saya adalah anak-anak. Lagipun saya enggan memanjangkan k£s ini lagi dan tak harapkan apa-apa daripada dia," ulasnya.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, ditanya pula apakah ucapan terakhir yang ingin diberikan kepada Aliff, Bella memberitahu, dia hanya mendoakan yang terbaik untuk bekas suaminya itu.

"Saya doakan yang baik-baik saja untuk dia," kata Bella yang dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, hasil perkahwinan bersama Aliff pada 9 September 2016.

Untuk makluman, ketika di mahkamah, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, juga mengangguk faham atas semua keterangan yang dibaca Hakim Syarie Wan Mohd Najib memb@bitkan beberapa persetujuan yang sudah dicapai kedua pihak.

Pada pr0siding perceraian yang berlangsung, kedua-dua belah pihak sebelum ini bersetuju untuk membuat beberapa perjanjian sebelum proses perceraian dilakukan.

Antara perjanjian yang dilakukan adalah Bella tidak menuntut sebarang harta sepencarian, mutaah, idah, tungg@kan nafkah isteri dan hut@ng perkahwinan

Bukan itu sahaja, malah, Aliff juga bersetuju memberikan hak penjagaan penuh kepada Bella serta tidak membuat sebarang pertudvhan nusyvz terhadap bekas isterinya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: