13 June 2024

"LIMA MINIT LAMBAT SAMPAI, SAYA 'PERGI'..." - AZLEE SENARIO KONGSI MOMEN SEBAK TERINGAT KELUARGA, SUDAH MENGUCAP & MINTA AMPUN



"Saya sudah pandang muka isteri, anak sulung, fikiran teringatkan anak yang belajar di kolej di Melaka. Saya pun sudah mengucap. Saya sudah minta Allah ampunkan d0sa saya.
"Cakap kat isteri ampunkan d0sa saya, jagalah anak saya di Melaka itu. Meleleh air mata saya. Saya bernasib baik ia berl@ku di rumah, isteri dan anak cepat-cepat bawa ke klinik.

"Tapi Allah sayangkan saya dan doktor di IJN cakap lima minit lambat sampai, saya 'pergi'. Sebab itu saya amat bersyukur sebab doktor selamatkan saya. Kesemua doktor yang bertungkus-lumus seramai 15 orang itu merawat saya seorang."

Itulah kongsi pelawak dan pelakon, Azlee Senario yang menceritakan, dia hanya mampu mengucap sewaktu menjalani pros£dur peletakan st£n di Institut Jantung Negara (IJN) akib@t ser@ngan jantung men1mpanya, baru-baru ini.

Kata Azlee atau nama sebenarnya, Muhammad Azlee Jaafar, 57, saat itu, dia hanya mampu menyerahkan kepada takdir dan paling sebak teringatkan keluarganya jika dia meninggalkan mereka.

Dalam pada itu, Azlee turut menjelaskan, sebenarnya doktor menyuruhnya berehat di rumah selepas dia meminta jasa baik pihak IJN untuk pulang ek0ran bimb@ng k0s bil pembiayaan meningkat.

Tambahnya lagi, dia tidak ingin terlepas berkongsi momen bermakna bersama barisan produksi 'Saka Perawan' dan tetap gag@hkan diri untuk menghadiri pratonton filem berkenaan.

"Tapi saya cakap dengan 'orang rumah', saya kena gag@hkan diri juga datang untuk memberikan sokongan kepada pengarah juga semua barisan pelakon. Sebab saya nak sangat filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Saya ini kalau bekerja sangat kom1ted dengan kerja. Yang satu bagusnya dapat bersenam berjalan. Kalau duduk di rumah nanti kita tepu juga," ujarnya.

Disamping itu, Azlee dalam masa sama juga meluahkan rasa syukur melihat bagaimana keseluruhan produksi filem itu tunjukkan rasa ambil berat terhadapnya termasuk pengarahnya, Dr Ahmad Idham.

"Ketika saya sampai pun, Ahmad Idham peluk saya, tak sangka saya datang. Semua barisan artis dan yang menjayakan juga mengucapkan supaya saya kembali sembuh dan mereka memang terperanjat dengan berita itu," katanya.

Selain itu, Azlee juga menjawab persoalan mengenai perkembangan kesihatannya, dimana pelawak itu memberitahu, dia mengikut saranan doktor untuk terus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan semula jantungnya.

"Masih lagi dalam proses pemulihan, biasalah naik tangga sedikit mengahlah. Doktor suruh buat senaman turun naik, turun naik, supaya ia lancar," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: