14 June 2024

KEMBALI SELEPAS MENYEPI - IBU ALIFF AZIZ PANJAT RASA SYUKUR : "HATI YANG TENANG ITU SANGAT MAHAL HARGANYA & HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBERIKAN KITA KETENANGAN"



"Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga. Yg baik itu semua nya dari Allah dan sebaliknya adalah khil@f dari kami yang d@if dan tidak sempurna.

""Pada anda yang sentiasa mendu'akan kami MasyaAllah hanya Allah yg dapat membal@s jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami."

Itulah tulis ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menerusi memuat naik perkongsian terbaru di media sosial miliknya itu, selepas sekian lama menyepi.

Dalam perkongsian itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membal@s buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

Selain itu, Hafiza turut menulis mengenai ketenangan hati serta memberikan refl£ksi diri berkenaan j@tuh bangun dalam kehidupan.

"Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan. Sebagai insan wajib belajar dari segala kekhil@fan dan mohon Allah kekal kan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentu kan. Kita terus berusaha selebih nya kita bertawakkal pada NYA," tuturnya.

Untuk makluman, rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah telah menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu.

Ketika di mahkamah, Aliff menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya itu, manakala Bella pula, dia tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: