14 June 2024

"RASANYA P£LIKLAH SEBAB ORANG LAIN PUN BERCERAI JUGA, TAPI BOLEH BERBICARA DEMI KEBAJIKAN ANAK-ANAK" - BEKAS MADU MIERA LEYANA JELAS BERHUBUNG BERKENAAN ANAK MELALUI ANAK SELEPAS KENA 'BL0CK'



"Dia (Nur Anisa) tak nak balik. Depan hakim pun dia menangis ketika dipanggil berjumpa dan meluahkan apa yang dirasainya. Memang dia sendiri yang tak nak balik, mungkin ada perkara dia al@mi dan kita tak mahulah huraikannya.
"Saya dan bekas suami juga sudah lama tidak berhubung sebab dia pun 'bl0ck' panggilan dan mesej daripada saya sejak 2021, sebelum kami sah bercerai lagi saya dah kena 'bl0ck' dengan dia.

"Jadi, cara berhubung berkenaan anak melalui anak sajalah. Anak akan sampaikan apa yang bapa dia taip, apa yang bapa dia minta, itu ini. Rasanya p£liklah sebab orang lain pun bercerai juga, tapi boleh berbicara demi kebajikan anak-anak."

Demikian kata bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 51, dimana dia menyifatkan tuntutan ubah perintah int£rim hadanah (sementara) cuba dibuatnya terhadap anak keempat, Nur Anisa Rosland, 13, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini adalah untuk memudahkan persekolahan remaja itu.

Ujar Adibah lagi, Nur Anisa sudah tidak mahu pulang untuk tinggal bersama bapanya, Rosland Othman dan dia juga meluahkan segala apa yang dirasai kepada Hakim Syarie, Zuraidah Ayob ketika dipanggil memberi keterangan.

"Dengan harapan untuk dapat tukarkan dia (Nur Anisa) sekolah sebab mereka tinggal di Kuala Lumpur dan saya pula di tempat lain. Tapi, persetujuan tidak dicapai sebab ada bant@han di pihak responden (Rosland)," katanya.

Nur Anisa berada di bawah penjagaan bapanya, Rosland yang mendapat hak int£rim hadanah yang diputuskan mahkamah pada 19 Oktober tahun lalu apabila Nur Anisa sendiri yang membuat pilihan dan keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, Nur Anisa yang balik ke rumah Adibah pada cuti persekolahan 24 Mei lalu, hingga kini tidak mahu pulang ke kediaman Rosland dan isterinya, Miera Leyana atas kerelaan sendiri kerana mahu menetap semula bersama ibu dan adik-beradik yang lain.

Difahamkan, Adibah juga sudah membuat laporan polis pada 4 Jun lalu berhubung keputusan Nur Anisa yang tidak mahu lagi pulang ke rumah bapanya berikutan tidak ingin didakwa pihak bekas suaminya sebagai pengh@sut anak.

Pada perbincangan tertutup berkenaan, Rosland hadir bersama ibu mentuanya, Aisah Abdullah serta diwakili dua peguam, Datuk Seri Amli Embong dan Nurul Balqis Nordin dari Amli & Associates.

Terdahulu, Adibah mendapat hak penjagaan int£rim untuk dua daripada tiga anaknya iaitu Nur Liyana,19, dan Nurin Tasnim,12, selepas Rosland memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac tahun lalu.

Pasangan Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Ogos, tahun lalu.

Mereka yang sudah hidup bersama selama 28 tahun, mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 12 hingga 27 tahun.

Rosland bagaimanapun berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana pada Julai 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan dua anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: