15 June 2024

"MAKAN BANYAK SIKIT, SEDIH MAMA TENGOK... KURUS SANGAT DAH ANAK MAMA" - ABBY ABADI BIMB4NG DENGAN MARISSA DANIA



"Jaga diri baik-baik. Makan banyak sikit, sedih Mama tengok. Kurus sangat dah anak Mama."

Itulah tulis pelakon Abby Abadi menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia meluahkan rasa bimb@ng melihat fizikal anaknya, Marissa Dania Hakim.
Dalam masa sama, Abby turut menitipkan nasihat buat anak perempuannya itu agar menjaga pemakanan dan kesihatannya, selain berasa sedih melihat keadaan Marissa.

Bukan itu sahaja, Abby juga ada berpesan kepada anaknya itu untuk belajar dari pengalaman serta mengatakan mereka sekeluarga sayang padanya.

"Belajar dari pengalaman ok sayang. Mama, Abah, Papa, Mummy. Adik-adik semua sayang Pon pon dia LillahiTaala," tuturnya.

Sebelum ini, Abby meluahkan rasa rindu pada anak perempuannya itu serta bertanyakan sama ada Marissa dalam keadaan baik atau tidak.

Kata Abby lagi, dia bimb@ng apabila Marissa tidak membal@s mesejnya serta bertanyakan bila anaknya itu mahu pulang ke rumah untuk makan bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: