"Alhamdullillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaru jadi kenyataan dengan usaha & ini rezeki anak anak saya.. Terima kasih @shwarisancergas memberikan perkhidmatan yang terbaik!!"
Demikian kata penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meluahkan rasa syukur apabila impiannya memiliki kereta idaman iaitu kereta jenis Range Rover, akhirnya menjadi kenyataan atas kerja k£rasnya selama ini.
Siti yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram, turut memuat naik video menaiki kereta tersebut bersama suami dan anak-anaknya.
Perkongsian Siti itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah di atas pencapaian penyanyi itu serta teruja melihat Siti yang dilihat pertama kali memandu kereta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment