15 June 2024

KINI BAWA HALUAN MASING-MASING - AEDY ASHRAF AKUI MASIH CINTA & SAYANG AMELIA HENDERSON



Semua sedia maklum mengenai hubungan cinta pasangan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dimana ia sudah pun berakhir.
Berhubung itu, Aedy tampil mengakui, dia dan Amelia sudah membawa haluan masing-masing untuk memberikan fokus pada kerjaya mereka.

Kata Aedy, mereka suk@r untuk membawa hubungan mereka ke lebih s£rius kerana kom1tmen kerja yang terlalu padat, namun tiada perg@duhan berl@ku antara mereka.

"Ia merupakan keputusan yang kami buat bersama. Kami mahu fokus pada kerjaya. Saya sibuk tapi Amelia lagi sibuk. Jadi kami pilih untuk buat haluan sendiri.

"Namun itu tidak bermakna kami bermas@m muka. Tiada perg@duhan yang berl@ku. Kami berjumpa secara baik dan berbincang mengenai hal ini.

"Masing-masing ada tujuan yang sama. Kami letakkan kerjaya sebagai keutamaan," jelas Aedy yang turut berkata, dia sedih dengan keputusan berkenaan, namun ini yang mereka mahukan dalam hidup dan dia masih lagi berhubung dengan Amelia.

Tambahnya, dia masih sayangkan Amelia, meskipun sudah membawa haluan masing-masing, selain menyerahkan segalanya kepada takdir.

"Ketika ini kami berdua setuju untuk menyerahkan segalanya kepada takdir dan rezeki. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, apa kita boleh buat.

"Kami sayang antara satu sama lain. Saya juga masih sayangkan dia. Cuma waktu sekarang belum selesai," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pula sama ada dia terbuka untuk mengenal hati budi orang lain, Aedy memberitahu, perasaannya itu kekal buat Amelia.

"Kalau ada masa, lebih baik saya bersama Amelia. Kalau tiada masa macam mana saya nak berkenalan dengan orang lain," katanya.

Beberapa hari lalu, Amelia mendedahkan, dia dan Aedy tidak lagi menjalin hubungan cinta dan kini hanya berkawan.

Jelas Amelia, hubungannya dengan Aedy juga tidak lagi seakrab dulu serta mendoakan yang terbaik buat pelakon itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: