"Ada yang hantar DM beritahu saya terlalu kacak untuk jadi wanita, kebanyakan yang hantar mesej itu adalah wanita bertudung. Tak kurang juga ada yang cakap 'cair' melihat watak Sam."
Itulah ujar pelakon Shaza Bae yang berkongsikan, dia menerima banyak mesej daripada peminat di media sosial yang memuji lakonannya membawa watak Sam dalam drama 'Aku Bukan Ustazah'.
Kata Shaza, dia turut terk£jut apabila kebanyakan mesej pujian daripada golongan wanita yang memujinya kacak serta cair melihat watak Sam.
Dalam pada itu, Shaza menganggap ia pujian daripada penonton serta mengingatkan dirinya bukan peminat kaum sejenis dan ia hanya watak yang dilakonkan serta meminta mereka diluar sana tidak terlib@t dengan hubungan tersebut.
"Jika sempat saya akan bal@s dan beritahu itu hanyalah watak. Harap mereka tidak kec£wa apabila berjumpa saya secara bersemuka kerana saya adalah orang yang berbeza dengan watak tersebut.
"Ada juga yang mesej diterima, saya sekadar bagi 'like' sahaja kerana tak mendorong mereka ke arah perkara tidak el0k," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment