05 June 2024

MONA ALLEN & PEKIN IBRAHIM SELAMAT TIMANG 'BABY BOY' KEDUA



Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon, Mona Allen dan Pekin Ibrahim atas kelahiran anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki, petang semalan.
Khabar gembira itu dikongsikan Mona menerusi Insta Story, dimana dia meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan dan keadaanya baik-baik sahaja.

Dalam pada itu, kata Mona, dia kini sedang berehat dan akan berkongsikan gambar anak keduanya itu tidak lama lagi.

Selain itu, Mona turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan dirinya dan juga bayinya serta memohon maaf tidak dapat membal@s semua mesej yang diterima.

Untuk makluman, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga bersama pada 7 Disember 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak lelaki. Anak pertama mereka diberi nama, Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: