Semua sedia mengetahui mengenai penyanyi Shila Amzah, dimana dia pernah melalui kegag@lan dalam rumah tangganya sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dia tidak pernah rasa m@lu apabila perkahwinan pertamanya ini berakhir dengan perceraian.
Shila berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang meluahkan rasa m@lu untuk menuntut perceraian daripada suaminya.
Dalam pada itu, Shila yang akui tiada rasa k£sal ini turut menjelaskan, keputusan yang dibuatnya itu adalah perkara betul dan ia dilakukan untuk dirinya serta anak lelakinya, Seth Uwais.
"Saya tak m@lu sebab saya buat benda betul untuk diri sendiri dan anak saya. Setiap keputusan kita, kena berbangga, tiada peny£salan. Saya tahu apa yang terbaik buat diri saya berbanding orang lain," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Kalau selama ini awak jadi isteri yang baik tapi suami curang, dia dera mental dan fizikal, tidak bertanggungjawab ke, tak payah m@lu," katanya.
Untuk makluman, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment