14 June 2024

KINI BERHIJAB - SYASYA DOLLA AKUI DAH LAMA PASANG NIAT, RASA LEBIH TENANG



"Sebenarnya saya dah lama berniat untuk memakai tudung, tapi disebabkan kerja ketika itu, jadi rasa macam tak sesuai sangat dengan personaliti saya semasa dengan Dolla.
"Bila saya keluar daripada Dolla, dan Alhamdulillah saya dah berkahwin sekarang saya rasa yang ini adalah masa terbaik untuk cuba istiqamah dan cari jalan lain dalam kehidupan saya.

"Tetapi saya masih belajar lagi.. Masih mencari stail tudung yang sesuai dengan wajah saya," jelas bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal, 23, yang mengakui, dia sudah lama pasang niat lama untuk berhijab.

Kata Syasya, dia beranggapan, ini adalah waktu sesuai untuk cuba istiqamah, apatah lagi selepas keluar dari Dolla dan kini sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, juga memberitahu, dia tidak membuang pakaian lama, sebaliknya diberikan kepada adik-adik.

"Baju lama tak buang, bagi dekat adik-adik mana yang boleh. Saya memang ubah semua baju dalam almari pakaian," tutur Syasya yang turut meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang banyak memberi nasihat serta sokongan dengan penampilan barunya itu.

"Alhamdulillah, tenang tu semestinya. Sekarang ni saya ada suami, Nasrullah bersama, dia banyak nasihat saya. Kadang-kadang kalau saya tak ada masa, dia tolong gosokkan tudung saya... jadi senang la juga," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: