13 June 2024

"MEMANG BETUL, SAYA TIDAK JADI KAHWIN DENGANNYA (DATUK NOORA KAY) KERANA TIADA JODOH NAMPAKNYA" - AZRI ISKANDAR REDA DENGAN KETENTUAN ILAHI



Umum sedia maklum mengenai pelakon Azri Iskandar, 56, dimana perancangannya untuk berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Noora Kay, 48, yang tidak kesampaian.
Berhubung hal itu, Azri tampil mengesahkan perancangan tidak jadi berkahwin itu adalah benar seperti yang dilaporkan.

"Saya reda dengan ketentuan ilahi (Tuhan). Nampaknya, kami tiada jodoh. Memang betul, saya tidak jadi kahwin dengannya (Noora) kerana tiada jodoh nampaknya.

"Saya mohon maaf tidak dapat komen lebih lanjut lagi kerana hubungan kami sudah pun berakhir (putus). Selebihnya, Ellie Suriaty (bekas isteri) sudah keluarkan kenyataan bagi pihak saya," katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada hubungan mereka berakhir kerana Noora tidak memahami kesibukannya dengan karier seni, kata Azri, dia menafikan perkara itu.

"Saya anggap dia (Noora) bukan jodoh dan dan tiada perancangan untuk kami berbaik semula," ujar Azri yang turut menjelaskan mengenai perkembangan karier seni, dimana dia kini terb@bit dengan penggambaran drama bersiri 'Mawar Dahlia' arahan Eoon Suhaini sebanyak 12 episod terbitan Pencil Pictures.

Terdahulu, Noora tampil memaklumkan, perancangannya untuk berkahwin dengan Azri tidak kesampaian apabila hubungan percintaan mereka terputus di tengah jalan.

Noora menerusi portal hiburan Sens@si TV itu mengesahkan mereka sudah putus cinta, selain menyifatkan tiada jodoh untuk mereka melangkah ke jenjang pelamin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: