06 June 2024

MASIH MILIKI PEWARIS - PENYANYI BLUES G4NG, ITO KATA TAK BOLEH GUNA GAMBAR, NAMA SALOMA SEW£NANG-W£NANGNYA



Penyanyi Blues G@ng, Ito Mohd, tampil menjelaskan bahawa Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma masih memiliki pewaris sehingga hari ini, namun penggunaan namanya di pelbagai acara contohnya Pasar Saloma adalah tanpa pengetahuan pewarisnya.
Kata Ito, dia kini dalam proses membantu menantunya, Arzani Armali bagi menguruskam isu hak harta int£lek neneknya, Saloma.

Bapa Arzani iaitu Armali Aman Ramlie adalah anak hasil perkahwinan Saloma dengan Allahyarham AR Tompel.

"Ramai tak tahu bahawa Armali adalah besan saya. Baru-baru ini, ada dibuka Pasar Saloma tanpa sebarang perjanjian apa-apa. Tolonglah. Saloma ada anak dan cucu. Ini yang saya rasa kurang mengenai harta int£lek di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, tambah Ito lagi, Arzani meminta pendapatnya mengenai pros£dur yang harus dilakukan dan kerana itu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan penganjur acara Pasar Saloma itu.

"Saya berbincang dengan penganjur Pasar Saloma yang berlangsung sekarang. Menantu saya cakap, apa perlu buat sebab mereka tak buat surat dan sebagainya. Nama, gambar Saloma digunakan. Ini biduanita negara.

"Saya dah berjumpa dengan penganjurnya minggu lalu. Ada dua perkara dibincangkan iaitu mahkamah dan selesaikan di luar mahkamah. Penganjur belum cakap apa-apa dan kami pun kena berbincang dengan peguam dulu.

"Jadi, dua minggu selepas perbincangan pertama, kalau tak ada sebarang keputusan terbaik, kami akan berbincang dengan peguam," ujarnya.

Disamping itu, Ito berkata, perkara ini akan dibawa ke mahkamah sekiranya perlu kerana nama Saloma masih belum boleh dijadikan 'public domain' memandangkan dia meninggal dunia 41 tahun lalu.

"Kami akan bawa ke mahkamah sebab keturunan dan pewaris Saloma masih ada lagi. Mana boleh buat ikut suka saja sebab belum jadi khazanah.

"Selepas 50 tahun kem@tian seseorang, barulah boleh dijadikan 'publ1c dom@in'. Sebelum itu, tak boleh. Macam saya nanti dah mati pun, saya kena jaga juga benda begitu.

"Saya tengok di TV, Ahmad Dhani menyanyi lagu 'Madu Tiga' dan depan dia ada berpuluh ribu orang. Memang kena bayar. Tinggal lagi, mereka cakap P Ramlee dah meninggal dunia lebih 50 tahun.

"Sebenarnya, undang-undangnya, lagu itu dimainkan di Indonesia yang mana, jangka hayat untuk menjadi 'publ1c dom@in' adalah 70 tahun. Di Malaysia saja 50 tahun," jelasnya.

Untuk makluman, Saloma dan Tompel berkahwin pada 1952 dan mereka dikurniakan seorang anak, Armali Aman Ramlie sebelum mereka bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: