19 June 2024

PAKAI TUDUNG - KAK KM DIPUJI MACAM BIDADARI SYURGA, MAKLUM BAKAL TUNAI UMRAH



"Beribu DM masuk kata cantiknya macam bidadari syurga. Manalah tahukan, betul-betul memang nak berhijab. Doakanlah saya. Saya sebenarnya bertudung ni sebenarnya nak pergi umrah. InsyaAllah pada 7 Julai ini."
Demikian ujar usahawan sens@si, Liana Rosli atau Kak KM yang mengatakan, dia menerima banyak mesej apabila netizen memuji kecantikannya apabila berhijab serta meminta orang ramai mendoakan untuk dirinya.

Dalam entri tersebut, Kak KM turut memaklumkan, dia berhijab sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi pada Julai depan.

Baru-baru ini, Kak KM dilihat tampil dengan imej bertudung dan perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Dalam pada itu, Kak KM bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai mengapa dia secara tiba-tiba mahu menunaikan ibadah umrah dan akan ceritakan kelak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Kak KM apabila bertudung serta mendoakan agar urusan Kak KM untuk menunaikan ibadah umrah dipermudahkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: