28 June 2024

"SAYA DINASIHATKAN DOKTOR AGAR BERHENTI BUAT PERSEMBAHAN..." - AZIRA SHAFINAZ JAWAB ISU DE FAM TARIK DIRI DARI 'THE HARDEST SINGING SHOW'



Pada 16 Jun lalu, kumpulan De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, telah mengumumkan pengunduran mereka dalam persaingan 'The Hardest Singing Show' (THSS) selepas lima minggu beraksi di pentas program realiti nyanyian itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Azira yang juga seorang pelakon, menegaskan, pengunduran kumpulan itu dalam program berkenaan baru-baru ini kerana mas@lah kesihatan dirinya dan bukan sebab mendapat markah rendah.

Jelas Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, dia memang s@kit dan ada surat daripada doktor yang menasihatinya agar berhenti membuat persembahan untuk pertandingan itu.

"Biarlah apa yang berl@ku hanya diketahui antara saya, pasukan dan Astro saja. Cuma, tak perlulah dipertik@ikan keputusan yang sudah dibuat kerana ia juga mendapat persetujuan bersama daripada semua pihak.

Klik untuk gambar besar

"Saya memang berhad@pan mas@lah kesihatan sekarang dan sudah mendapatkan rawatan doktor. Malah, saya turut dinasihatkan oleh doktor agar berhenti buat persembahan di THSS.

"Jadi, saya jumpa dengan ahli De Fam untuk kami berbincang dapat kata sepakat dan bersetuju menarik diri. Kami terus memaklumkan kepada pihak produksi Astro kerana saya pun ada surat pengesahan doktor," katanya.

Dalam pada itu, Azira berharap, peminat De Fam dapat menerima keputusan berkenaan secara baik tanpa meng@itkannya dengan sp£kulasi.
"Saya juga sebelum itu memang pernah berkongsi hantaran mengenai mas@lah kesihatan dial@mi, namun tak perlulah diperjelaskan secara terp£rinci kerana ia terlalu peribadi.

"Apapun, penarikan diri De Fam juga tiada kaitan dengan markah rendah diperoleh sebagaimana yang orang asyik pertik@ikan selepas kami buat persembahan. Saya faham itu dan kami pun sudah beri komitmen yang baik," ujarnya.

Selain itu, Azira yang mengakui jadual kerjanya juga sangat padat dan mungkin kurang rehat, berkata, dia kini berehat selama sebulan sebelum memulakan penggambaran untuk projek lakonan terbaharunya pada Ogos depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: