"Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, ibu dah selamat sampai," demikian tutur pelakon vetaran, Wan Maimunah dalam nada penuh sebak, menerusi satu video yang dikongsikan di TikT0k.
Menerusi video tersebut, Wan Maimunah yang dilihat berada di perkarangan lapangan terbang itu meluahkan rasa syukur apabila selamat tiba di Malaysia dalam nada penuh sebak.
Dalam pada itu, Wan Maimunah turut memanjatkan doa buat semua yang menonton video berkenaan agar turut diberikan kes£mpatan untuk ke Mekah.
"Mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, insya-Allah," katanya.
Terdahulu, Wan Maimunah berangkat ke Mekah pada 10 Mei lalu selepas mendapat berita gembira tersebut daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum bulan Ramadan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment