16 June 2024

"SAYA MAHUKAN LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA" - DATUK NOORA KAY KATA AZRI ISKANDAR TAK CAPAI 'KPI' SEBAGAI SUAMI, TEGAS PERLU BUAT KEPUTUSAN TANPA LIB4TKAN ORANG KETIGA



"Azri awak kena bangun, tolonglah. Ini adalah kehidupan awak, awak kena buat keputusan sendiri. Awak kena ada tanggungjawab untuk diri sendiri bukan semua benda awak perlu minta orang lain untuk fikirkan. Saya minta dia selesaikan hal ini, itu saja."
Itulah ujar usahawan Datuk Noora Kay yang meminta pelakon Azri Iskandar tampil menyelesaikan mas@lah antara mereka serta memintanya t£gas dalam membuat keputusan.

Kata Noora, ini adalah kehidupan Azri dan pelakon itu perlu membuat keputusan tanpa melib@tkan orang ketiga, selain mendedahkan punca dia memutuskan hubungan dengan pelakon itu kerana dia tidak mencapai stand@rd yang diinginkan.

"Kalau semua nak tahu kenapa saya nak putuskan hubungan, dia sebenarnya tak penuhi KPI yang saya mahukan iaitu lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Selama saya bersama Azri dan pernah pun hubungan kami putus sekejap. Bila cuba jalin hubungan semula dengannya tetap tiada perubahan.

"Dalam hubungan perlu ada sikap tolak ansur tapi semuanya hanya saya yang berusaha dalam hubungan kami," tutur Noora yang memberitahu, dia cuba menjalin hubungan semula, namun Azri dilihat tidak berubah.

Dalam pada itu, ulas Noora lagi, Azri tidak pandai membuat keputusan sendiri serta menyerahkan semuanya kepada bekas isteri, pelakon Ellie Suriaty.

"Saya ambil semula kata-kata yang Ellie pernah cakap, walaupun kami (dengan Azri) lahir pada tarikh yang sama tapi memang perangai kami tak sama. Betullah sebab saya seorang yang tegas, tahu apa yang saya mahu. Tapi tidak Azri.

"Saya beri satu contoh, saya pernah cakap dengan Azri kita dahulukan majlis nikah yang wajib saja tapi dia jawab nantilah kita bincang dengan Ellie," ujarnya.

Kata Noora, dia faham peranan Ellie membantu menguruskan majlis pernikahan dengan Azri, namun sebagai lelaki dia perlu buat keputusan sendiri dalam soal tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: