16 June 2024

TAK KISAH KEITH FOO DIK4ITKAN DENGAN 'JEKFER' - RIENA DIANA TERIMA STATUS DUDA : "ASALKAN BUKAN SUAMI ORANG, BUKAN ORANG PUNYA, DIA 'SINGLE'... ANAK TU BUKAN PROBLEM..."



"Kebetulan saja, tapi harap-harap dia (Keith) adalah 'Jekfer' untuk Riena. Sebab, ramai juga Riena tengok netizen tulis-tulis (komen) pasal 'Jekfer'. Keith macam Hun Haqeem ke?
"Dia (Keith) lain sikitlah kot, perwatakan dia. Hun kelakar dan Keith pun sebenarnya kelakarlah, kalau anda kenal dia (Keith) lebih rapat. Dia memang seorang yang kelakar, lebih kurang macam Riena tapi versi lelaki."

Demikian kata pelakon Riena Diana, 27, yang menerima baik komen netizen dimana mereka menyifatkan teman istimewanya yang juga pelakon, Keith Foo sebagai 'Jekfer' yang menjadi impian 'Lailer' selama ini seperti mana dalam drama 'Kampung People'.

Ujar Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, ia mungkin kebetulan saja dan tidak dinafikan kebanyakan netizen memang menulis komen meng@itkan Keith adalah 'Jekfer' selepas mereka berkongsi kisah hubungan rapat.

Dalam pada itu, ditanya juga kriteria lelaki yang mahu menambat hatinya perlu kelakar, Riena berkata, tidak semestinya, namun perwatakan diri Keith memang disenangi kerana mereka mempunyai banyak persamaan.

"Nak tawan hati, tak semestinya kena kelakar. Cuma, mungkin ketika itu 'chemistry' (keserasian) kami lama-lama, eh awak kelakarlah. Kita macam banyak persamaan.

"Saya pun tak nak cerita lebih-lebih sebab kita pun nak hormat kedua-dua belah keluarga terutama keluarga saya juga," tuturnya.

Sementara itu, Riena turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cintanya bersama Keith yang baru berputik itu kekal selamanya.

Selain itu, Riena juga berkata, dia tidak berk£cil h@ti apabila ada segelintir netizen meninggalkan komen neg@tif mengenai hubungannya dengan pelakon itu.

Ujar Riena, dia tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu, apatah lagi hubungan mereka masih baru.

"Riena rasa mana-mana yang komen serta mendoakan tidak baik tak apa sebab kita tak dapat nak pu@skan h@ti semua orang lagi pun kami masih baru.

"Kami pun tak boleh nak ulas lebih, lebih baik kami fokus kepada karier masing-masing. Kami nak lalui proses ini bersama sebabnya kami bermula sebagai kawan biasa dulu," jelasnya.

Disamping itu, Riena memberitahu, dia tiada mas@lah dengan status Keith yang merupakan seorang duda anak satu kerana baginya yang penting bukan lelaki berstatus suami orang.

"Asalkan bukan suami orang, bukan orang punya, dia 'single'. Anak tu bukan problem, I love kids so much, I would love to know Skyler, anak dia. Baru jumpa sekali," katanya.

Tambah Riena lagi, pada awalnya dia tidak mahu umumkan mengenai hubungan mereka, namun tidak mahu sorokkan hubungan tersebut kepada umum.

Difahamkan, Riena dan Keith menjalin hubungan rapat lebih sebulan lalu apabila mereka terb@bit penggambaran drama 'Salju Rindu' untuk slot Akasia TV3 sebagai watak utama.

Sebelum ini, Riena pernah mendedahkan hubungan cintanya dengan kekasih dikenali, Nik Afiq, sudah berakhir pada penghujung tahun lalu, walaupun ada perancangan ke fasa berumah tangga.

Manakala Keith pula, dia ketika ini berstatus duda anak satu selepas rumah tangga dibinanya bersama Kim Raymond pada November 2015 berakhir dengan perceraian pada hujung 2019.

Hasil perkahwinan bersama Kim Raymond, Keith dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: