19 June 2024

"SEBAB CIK B TIADA AYAH.. JADI NAK LETAK APA?... MAMA ADALAH AYAH, IBU, KAKAK, KAWAN & SEMUANYA" - CIK B JELAS SEBAB SAMBUT 'FATHER'S DAY' UNTUK MAMA



Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B baru-baru ini ada memuat naik video menyambut Hari Bapa, pada 16 Jun lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, Cik B dilihat ada memberikan hadiah kek kepada ibunya sempena Hari Ibu.

Namun apa yang menjadi perhatian, Datuk Vida ada bertanyakan mengapa menyambut hari bapa untuk dirinya.

Lebih mengund@ng sebak, Cik B mengatakan, dia tidak mempunyai ayah dan disebabkan itu, dia menyambut Hari Bapa untuk ibunya yang merupakan ayah, ibu, kakak, kawan serta segalanya untuk dirinya.

"Sebab Cik B tiada ayah. Jadi nak letak apa? Selamat hari bapa buat ayah yang tiada? Mama adalah ayah, ibu, kakak, kawan dan semuanya," katanya.

Pada tahun 2021, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan Datuk Vida mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Mahkamah turut memberi hak kepada kedua anaknya itu membuat keputusan untuk bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: