19 June 2024

SEDAR SELEPAS DAPAT PERJELASAN TERP£RINCI & DIDUG4 DENGAN PENY4KIT KR0NIK - AZLEE SENARIO NASIHAT RAKAN ARTIS BUAT C4RUMAN PERK£SO



"Pada peringkat awalnya, kalau tak diberitahu, saya pun alpa bab itu. Dalam fikiran saya, apabila dah bersara, c@ruman itu pun dah tamat di situ sedangkan kita boleh c@rumkan sendiri.
"Dengan adanya persatuan yang memainkan peranan, saya rasa, ia satu manfaat yang bagus. Saya sarankan kepada rakan-rakan artis, tak kiralah dia penyanyi, pelakon, pelawak, komposer, pemuzik, penulis atau apa pun, dengan adanya persatuan yang diwakilkan Perkeso untuk menc@rum, kena buat.

"Kita ada subs1di dan sebagainya. Jagalah kesihatan kita. Dengan siapa lagi kita nak minta bantuan. Selagi ada persatuan yang prihatin dengan kita, gunakanlah peluang itu."

Demikian ujar pelawak veteran, Azlee Jaafar, 57, atau lebih dikenali Azlee Senario, yang tampil menasihatkan golongan anak seni untuk membuat c@ruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perk£so) bagi menerima manfaat tatkala berd£pan kec£lakaan.

Jelas Azlee, dia sendiri juga alpa mengenai perkara itu, namun, mula sedar akan kepentingannya selepas mendapat penjelasan terp£rinci dan didug@ dengan peny@kit kr0nik.

Dalam pada itu, Azlee turut memberitahu, c@ruman ini juga penting dan tidak seharusnya dipandang rem£h, memandangkan banyak manfaat di masa akan datang sekiranya berlaku kec£masan.

"Saya tengok, kadang-kadang kita ini, bukan saya sahaja, tapi ramai juga sebenarnya yang sus@h, ada yang s@kit dan bukan sahaja artis. Jadi, pada saya memang perlu ada c@ruman Perk£so. Kadang-kadang, mereka ini pergi mendengar taklimat.

"Tapi, selepas pulang ke rumah, dah lupa. Sedangkan, benda ini tak boleh dipandang rem£h. Sebab itu, ketika kita masih bekerja, ada potongan untuk c@ruman. Ada sebab kerana ia berguna ketika berlaku kec£lakaan atau kemal@ngan. Insya-Allah," katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zed Zaidi berkata, konsep yang dibawa menerusi Program Ziarah Madani anjuran Finas adalah bagi menziarahi dan menyantuni penggiat seni yang berd£pan mas@lah.

"Ini sal@h satu konsep menerusi Jawatankuasa Kebajikan dan hasrat Pengerusi Finas serta Kementerian untuk datang membantu mana yang perlu.

"Kami juga ada rakan strat£gik seperti Perk£so dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). Abang Azlee adalah sal@h seorang yang ada dalam senarai ziarah.

"Sebelum ini, kami dah senaraikan lebih 50 penggiat seni termasuklah artis, kru dan pekerja belakang tabir. Jadi, kami menziarahi Abang Azlee," tuturnya.

Turut hadir ke kediaman Azlee di Saujana Utama adalah, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Perkeso Mohamad Haron Othman dan Zed sendiri.

Dalam kunjungan itu, Azlee turut menerima sumbangan daripada Mapim dan Finas.

Terdahulu, Azlee dilaporkan yang dia didug@ dengan ser@ngan jantung dan baru-baru ini menjalani pemb£dahan di Institut Jantung Negara (IJN).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: