22 June 2024

SEBAK BERKAHWIN & JADI KETUA KELUARGA - REDZA ROSLI KONGSI DIA & ISTERI TAK ADA FASA 'DECL4RE', BILA SERIUS TERUS BAWA BELI CINCIN



"Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih s£rius.
"Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama. Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti 'decl@re' sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.

"Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi."

Demikian kongsi pelakon Redza Rosli, dimana dia dan isterinya, pelakon Bella sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu dan tidak ada 'decl@re' sebagai pasangan kekasih, sebaliknya ia berjalan secara semula jadi.

Tambahnya lagi, dia turut bertanyakan kepada Bella, sama ada dia s£rius atau tidak dengan hubungan mereka, sebelum terus membawa untuk membeli cincin.

Redza yang selamat bergelar suami petang semalam, juga mendedahkan, dia melamar Bella untuk menjadi isteri sejak dua bulan lalu.

Dalam pada itu, Redza berkata, persiapan majlis perkahwinan mereka dibuat dalam tempoh yang singkat, apatah lagi ketika itu dia juga turut terlib@t dalam pengambaran drama.

Sementara itu, bapa kepada Redza Rosli iaitu Rosli Hashim, 65, telah berkongsi mengenai sikap anaknya, susulan pelakon itu beberapa kali dilihat menangis sebelum majlis pernikahannya dengan Bella.

Jelas Rosli, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, juga banyak berkongsi cerita dengan ibunya, Norashikin Saifudin, 58.

Klik untuk gambar besar
"Redza anak yang manja dan rapat dengan kami (ibu bapa). Dia sedih sebab berkahwin dan perlu menjadi ketua keluarga pula. Baginya itu tanggungjawab yang bukan mudah. Bertambah sedih apabila dia mendapat kata-kata dan nasihat daripada ibunya.

"Kalau nak tahu, sewaktu dia sekolah rendah dan menengah dia akan ikut saya ke mana-mana saja terutama yang berkaitan kereta. Pendek kata, dia memang rapat dengan keluarga.

"Macam sekarang pun, kalau s@kit, dia akan hubungi ibunya untuk meng@du dan bercerita. Biasalah, kadang anak lelaki memang terlebih rapat dan manja dengan ibu," ujarnya.

Selain itu, kata ibu Redza pula, dia banyak menasihati pelakon 'Luruhnya Bunga Cinta Itu' agar banyak bersabar dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

"Sebelum masuk dewan, dia salam saya minta restu dan ampunkan d0sanya. Saya cakap pada dia, saya ampunkan semuanya dan doakan perjalanan majlis dan kehidupan baharunya dipermudahkan. Itu yang dia menangis. Saya juga nasihati agar banyakan bersabar.

"Alhamdulillah, sebab mak saya gembira dia bertemu jodoh. Doa saya, semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan," tuturnya.

Untuk makluman, pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang juga pelakon Bella Hanna dengan hanya sekali lafaz, pada jam 4.05 petang, di sini, semalam.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Rosman Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Qaryah Masjid Taman Rakan Cheras Mohamad Mustakim Sarmuji.

Pada majlis itu, Redza menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: