29 June 2024

SELAMAT BERSALIN - SHARIFAH AMANI TIMANG ANAK SULUNG, BERI NAMA 'AHMAD MOHSEIN'



Pada 26 Jun lalu, pelakon Sharifah Amani telah pun bergelar ibu apabila dia selamat melahirkan cahaya mata sulung yang merupakan bayi lelaki.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Amani dan suaminya menerusi Instagram, selain berkongsikan nama anaknya iaitu Ahmed Mohsein bin Ahmed Faris.

"Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami, Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan pada 26 Jun 2024.

"Alhamdulillah, ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Amani turut memuat naik gambar bersama suami yang dilihat sedang mengendong anak sulung mereka.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Untuk makluman, Sharifah Amani dan Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: