07 June 2024

TAK PERNAH TUTUP PINTU HATI - NORISH KARMAN PILIH LELAKI BUJANG BERBANDING SUAMI ORANG : "ANAK-ANAK JUGA MAHU SAYA MENCARI CALON SUAMI YANG LEBIH MUDA DARIPADA SAYA"



"Saya memang tidak pernah melayan suami orang kerana anak-anak juga tidak benarkan. Anak-anak juga mahu saya mencari calon suami yang lebih muda daripada saya."
Ujar pelakon Norish Karman, 50, yang mendedahkan, dia akan terus meny£kat nombor daripada lelaki berstatus suami orang yang mahu menjalinkan hubungan dengannya.

Dalam pada itu, Norish atau nama sebenarnya, Nor'ashikin Karman berkata, dia juga memilih untuk berkawan dengan lelaki berstatus bujang yang berusia bawah 40 tahun.

Selain itu, ditanya kenapa dirinya masih solo sehingga kini, jelas Norish, walaupun sudah hampir 13 tahun bergelar ibu tunggal, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin semula.

"Saya tidak pernah tutup pintu hati untuk berkahwin semula selepas bercerai, tapi mungkin belum ada jodoh lagi. Saya pun tak pernah kata menolak untuk berkahwin semula," katanya yang turut memberitahu, dia masih belum memiliki teman istimewa.

Disamping itu, Norish juga berkata, dia kini bekerja k£ras dengan menceburi perniagaan katering serta program motivasi untuk menyara lapan anak termasuk empat anak angkat selepas bercerai.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, saya juga ada mengambil empat anak angkat 'homeless' (terbiar) sejak Jun 2020. Saya memutuskan untuk menjaga mereka empat beradik selepas bapa mereka meninggal dunia dan ibu pula dimasukkan ke penjara.

"Saya juga tidak sorokkan identiti empat anak angkat yang dipelihara kerana tidak mahu besarkan mereka dalam pen1puan dan memiliki sijil anak angkat yang sah mengikut undang-undang. Jika ada yang mahu inf@k untuk empat anak angkat saya ini boleh berhubung dengan saya," tuturnya.

Untuk makluman, Norish memiliki empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25; Muhammad Hady Amieran, 21, Nur Hanyz Amanda, 20 ; dan Haq Alexander, 13.

Manakala, empat anak angkat ialah Hasbi Fadullah, 13; Hasya Farahiya,11; Haziq Fadillah, 10; dan Hazra Farisya, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: