13 June 2024

TIADA SALAM TERAKHIR, KINI SAH CERAI KALI KEDUA - BELLA ASTILLAH AMBIL PENGAJARAN : "TAHNIAH BEKAS SAHABAT SAYA, RUHAINIES KERANA BERJAYA RUNTUHKAN MASJID & ANAK-ANAK HILANG BAPA..."



"Berakhirlah kisah kami. Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik dan kesal@han yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesil@pan akan tetapi pilihan.
"Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melaw@n takdir.

"Selepas ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah luk@nya pun pasti terlalu dalam."

Itulah luahan yang dibuat pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, menerusi ak@un Instagram miliknya, selepas dia disahkan bercerai talak satu dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Ujar Bella, perceraian tersebut membuktikan tiada lagi peluang untuk dirinya kembali kepada bekas suaminya itu, selain turut berkata, perceraian kali kedua ini banyak memberi pengajaran kepada dirinya supaya tidak mencintai seseorang terlalu dalam.

Bukan itu sahaja, malah Bella juga menyertakan ucapan istimewa buat pelakon Ruhainies yang didakwa menjadi punc@ keretakan rumah tangganya dengan Aliff sehingga membawa kepada jalan perpisahan.

"Buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

"Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.

"Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.

"Tiada peny£salan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan-rakan industri, media dan semua pengikut yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua," tuturnya.

Untuk makluman, rumah tangga pasangan selebriti itu sekali lagi menemui jalan perpisahan selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Hakim Syarie Wan Mohd Najib merekodkan perpisahan pasangan ini selepas penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu melafazkan talak pada jam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian mens@bitkan berl@ku perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.

Sebelum lafaz cerai dil@kukan, hakim mempelawa jika Bella dan Aliff ingin bersalaman buat kali terakhir, namun kedua-duanya menolak.

Sebelum ini, Bella memfailkan cerai ekspr£s daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan 'mawaddah' (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun, Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama k£s perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja, selain terb@bit dengan penggambaran.

Pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan mahkamah Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses JKP.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga bersama pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditangk@p khalw@t oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: