Baru-baru ini, pelakon Nonny Nadirah, 35, telah menc£tuskan kontr0versi di media sosial apabila muncul berkongsi video dia memb0takkan kepala serta kemudian membuat hantaran berk£mban di bilik air untuk menjual pr0duk.
Bukan itu sahaja, malah yang terbaru, dia tampil berk£mban dengan tuala berwarna maroon sambil terkangk@ng ketika menjual produk.
Berhubung perkara itu, bekas kekasih Nonny iaitu pelakon Niezam Zaidi, 31, ketika ditanya mengenainya berkata, dia terk£jut dengan kisah Nonny yang tular di media sosial.
Kata Niezam, dia mengetahui isu Nonny itu daripada orang lain dan hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terb@bit.
"Dia (Nonny) adalah hamba Allah yang baik, sangat suka bersedekah dan menjaga keluarganya. Saya tak nampak perkara lain dan hanya nampak perkara yang baik saja pada dia (selama saling rapat).
"Saya mengharapkan dan berdoa agar Allah memberi hidayah kepada kita semua dan membawa kita ke jalan yang benar. Mungkin setiap perkara terjadi ini ada hikmahnya.
"Kita pun tidak berada dalam kasut dia (Nonny), jadi tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Ini mungkin uj1an untuk dia juga. Kita doakanlah yang baik-baik untuk dia sebab satu hari nanti kita tak tahu apa pula uj1an kita," katanya.
Disamping itu, ditanya juga sama ada dia masih mengikuti media sosial Nonny, Niezam memberitahu, dia tidak mengikuti akaun media sosialnya wanita itu selepas mereka tidak jadi kahwin, kira-kira empat tahun lalu.
"Saya tahu cerita itu (mengenai Nonny) daripada orang lain. Sebabnya, orang yang bertanya kepada saya dan saya jawab tak tahu saya. Ya, memang ramai yang bertanya.
"Cuma, ada yang saya boleh (jawab) saya layan. Ada juga yang DM (mesej langsung) pada saya, bertanya," ujarnya yang menyifatkan setiap dug@an menimpa seseorang itu kerana Allah sayangkan kita.
Terdahulu, Niezam dan Nonny pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini hingga merancang melangkah ke fasa perkahwinan selepas menjalin kasih ketika digandingkan bersama dalam sebuah drama.
Bagaimanapun, perancangan perkahwinan itu tidak kesampaian apabila mereka akhirnya membuat pengumuman tidak jadi berkahwin pada Oktober 2020 lalu selepas berpisah secara baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment