"Umur sekarang ni 38 tahun. Jodoh? Tiada isu langsung. Alhamdulillah.. Setakat ini Zara selesa dengan diri Zara sekarang, nak takut buat apa jika jodoh lambat?
"Sebab ini kehidupan kita sendiri, lebih t@kut kalau kita tiada duit, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan sebagainya.
"Itu lebih men@kutkan, setakat ini Zara gembira dengan diri sekarang. InshaaAllah, kalau bertemu jodoh dah tentu Zara akan lebih bahagia dan tunggulah, doakan yang baik-baik untuk Zara."
Demikian kata pelakon Zara Zya, dimana dia tidak terlepas dengan soalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujang, apabila usianya kini sudah mencecah 38 tahun.
Ujar Zara, dia tidak menjadikan 'jodoh' isu besar dalam hidup, malah dia gembira dengan dirinya sekarang dan meminta agar mendoakan yang baik untuknya.
Tambahnya lagi, jodoh bukanlah suatu yang boleh ditetapkan oleh dirinya dan dia juga sama seperti wanita lain yang mahu membina mahligai cinta.
Dalam masa sama, Zara turut memohon peminatnya mendoakan agar dia segera bertemu jodoh.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment