Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan yang sudah tiga tahun berkahwin itu masih menunggu rezeki untuk dikurniakan, selepas mengal@mi keguguran pada Februari lalu.
Kata Elizabeth, dia dan suaminya, Dr Siew Jim Ding masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.
Malah, tambahnya lagi, dia dan suami tidak menolak melakukan raw@tan perseny@waan in vitr0 (IVF), namun mereka tetap berusaha secara semula jadi untuk mendapatkan zuriat.
"Saya dan suami okay jika nak buat In vitr0 fertil1sation (IVF) tapi kami nak bagi masa untuk diri sendiri selama setahun lebih.
"Sekurang-kurangnya kami tahu bahawa saya boleh hamil. Kalau tak dapat melakukannya secara semula jadi, baru kami akan pergi konsultasi IVF," ujarnya.
Sementara itu, Elizabeth mengakui em0si dan kesihatannya sedikit terg@nggu selepas mengal@mi keguguran, namun dia juga menjaga kesihatan dengan melakukan senaman dan berharap membantu dalam usaha mendapatkan zuriat.
"Saya ingatkan nak dapatkan anak itu mudah tapi sebenarnya tidak. Saya tak sangka tubuh badan saya bertindak sedemikian.
"Selepas beberapa bulan kemudian, horm0n saya terg@nggu sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan menjalani rawatan. Tapi sampai sekarang belum ada rezeki lagi.
"Saya juga selalu melakukan senaman kardio setiap minggu agar badan lebih sihat dan juga mengamalkan pemakanan sihat," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment