Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin yang menghid@p autisme itu telah disahkan berd£pan mas@lah saraf pada muka iaitu Bell's Palsy oleh doktor, hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan Zarina menerusi Instagram dimana ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Kongsi Zarina, semasa bangun tidur pagi semalam, dia mendapati mata Azal berkedip-kedip tetapi hanya menyangka ia akib@t dimasuki habuk.
"Saya tidak fikir apa-apa yang buruk dan beli ubat titis mata. Saya ingat dah okey dan tiada apa-apa. Dalam masa sama saya buat 'live' untuk menjual pr0duk.
"Waktu itu pengikut saya yang perasan mas@lah pada Azal dan minta saya cuba periksa. Katanya, dia rasa Azal mengal@mi Bell's Palsy apabila mukanya seperti seng£t.
"Lepas habis live saya nak tahu betul atau tak dan urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh buat dia boleh ikut," katanya.
Menurutnya lagi, apabila mahu memberi Azal makan malam, anaknya tidak boleh membuka mulut dengan besar untuk makan.
"Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja.
"Saya terk£jut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru malam tadi.
Klik untuk gambar besar
Jelas Zarina, doktor memaklumkan saraf di bahagian telinga Azal mengembang disebabkan v1rus yang dis£barkan dari udara dan tidak akan berj@ngkit kepada orang lain.
"Katanya ia akan makan masa empat bulan untuk sembuh. Boleh baik tapi kena jaga bagi makan ubat dan buat fisi0terapi.
"Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.
"Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat," jelasnya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, ini adalah uj1an buatnya kerana sebelum ini anak ketiganya, Naim disahkan memiliki satu buah pinggang.
"Kalau nak 'down' sekejap boleh, tapi kena bangun semula. Tak boleh nak lama-lama kerana kita kena buat sesuatu untuk masa depan anak-anak, tak boleh harapkan orang.
"Bagi saya hidup mesti diteruskan. Tak boleh fikir benda-benda ini akan halang kerja-kerja kat luar kerana apapun kena lalui benda-benda ini.
"Apapun berlaku, saya tak boleh harap orang lain untuk kendali gerai kerana bukan murah saya bayar k0s sewa," katanya yang mula berniaga sejak Isnin lalu dan berakhir Ahad ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment