"Saya percaya mereka sudah berkawan lama sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya tak mempunyai apa-apa mas@lah dengan Anju, kami memang baik.
"Apabila Anju memuat naik posting seperti itu saya anggap ia sekadar luahan seorang kawan merindui sahabatnya. Lagipun pada waktu itu Nedim sedang s@kit.
"Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu pun saya tak kisah," ujar pelakon Nora Danish yang menganggap hantaran dimuat naik oleh pelakon Zarina Anjouline di Insta Story menyebut 'I miss you Boss Ned', sekadar luahan rasa rindu kepada seorang sahabat baik.
Ulas Nora lagi, Zarina dan bekas suaminya itu sudah lama bersahabat, malah dia juga tidak kisah jika mereka ada hubungan lebih daripada kawan kerana dia sudah tiada kaitan dengan Nedim.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia kurang senang apabila ada yang menuduh dia masih tinggal sebumbung dengan bekas suami dan dakwaan itu dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.
"Saya terima DM terlalu banyak. Apa yang buat saya k£sal mereka dalam kalangan rakan-rakans saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim s@kit kami baru bercerai.
"Kami pun berpisah cara baik. Saya sudah bersamanya selama 11 tahun. Bila saya menjaga Nedim mungkin mereka fikir saya dah kembali bersama Nedim.
"Saya jaga Nedim di rumah, mungkin ada yang fikir kami dah rujuk," tutur Nora yang mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017, sebelum bercerai pada 16 Jun lalu.
Hasil perkahwinan selama 7 tahun itu, Nora dan Nedim dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Mohamad Neyqal yang kini berusia enam tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment