03 July 2024

"BERTAMBAH SEORANG LAGI PEREMPUAN DALAM HIDUP 'DADDY'..." - FIZI ALI LUAH RASA SYUKUR ISTERI SELAMAT BERSALIN



"Syukur Alhamdulillah, terima kasih semua yang doakan kami sekeluarga. Mama (panggilan isteri Fizi) sudah selamat lahirkan bayi perempuan.
"Kuat mama tadi, hampir enam jam bert@rung untuk bersalin normal. Jadi sekarang bertambah seorang lagi perempuan dalam hidup 'daddy' (panggilan Fizi)."

Demikian tulis penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, dimana dia berkongsi khabar gembira isterinya Siti Zulaikha, 31, telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka yang merupakan bayi perempuan, hari ini.

Melihat pada perkongsian itu, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, meluahkan rasa syukur proses bersalin isterinya itu dipermudahkan.

Dalam pada itu, Fizi nyata sangat tersentuh dan berterima kasih kepada isteri tercinta kerana sudah bert@rung nyawa melahirkan puteri mereka.

"Terima kasih sayang bert@rung nyawa untuk anak kita. Saya tahu awak kuat," kata Fizi mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian itu, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.

Manakala Siti Zulaikha pula, dia juga memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: