Pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir baru-baru ini dipertemukan bagi mempromosikan drama bersiri lakonan mereka iaitu 'Leha Leya Lawa' di Karnival Jom Heboh.
Ketika acara berlangsung, Bella dan Muaz turut beramah mesra bersama peminat, malah video mereka menari bersama turut dikongsikan di Instagram Tontonmy.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kedua mereka comel dilihat bersama dan sepadan. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendoakan agar mereka berjodohan.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Bella sah bercerai talak satu dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 13 Jun lalu.
Dalam pros1ding itu, Aliff menyerahkan hak jagaan anak-anak terhadap bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah dan harta sepencarian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment