07 July 2024

DARLING LUAH RASA SYUKUR IMPIAN MILIKI DIPLOMA TERCAPAI, BERHASRAT KONGSI ILMU DENGAN GOLONGAN MUDA



"Tak sangka saya lulus kerana saya hanya mencuba. Saya tak perlu pergi kelas tapi ada kertas kerja dan turun ke lapangan. Kena tunjuk apa yang kita buat.
"Seperti saya katakan, pada usia 40 tahun saya memang plan nak sambung belajar. Ada peluang ini dan Alhamdulillah Tuhan makbulkan. Rasa gembira tercapai. Lepas ini saya nak susuli dengan degree atau master pula.

"Moga saya dapat bergerak lagi jauh dalam industri. Saya seru agar ramai penggiat industri sertai program ini. Saya rasa proses belajar tak boleh berhenti. Ia satu cara untuk panjangkan umur juga.

Demikian ujar penerbit dan pelakon, Darling Ngasri yang meluahkan rasa syukur apabila berjaya mencapai impian memiliki diploma dalam bidang penerbitan yang diterima pada Majlis Konvokesyen Meatech 2024, baru-baru ini.

Kata Darling atau sebenarnya, Nasreen Ngasri, 41, dia sudah lama bert£kad untuk menyambung belajar dan memilih Meatech Creative Academy, Bangi untuk tujuan itu.

Darling yang mengambil Diploma Koordinasi Pengarahan Filem dan melalui proses pembelajaran seperti pelajar lain juga itu berhasrat menurunkan ilmu kepada golongan muda.

"Saya sertai program di bawah skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diuarkan-uarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggalakkan rakyat Malaysia berkemahiran tinggi mendapat pengiktirafan atas kemahiran mereka.

"Ia plan pembangunan kemahiran bawah Kementerian Sumber Manusia. Memang sijil-sijil ada dikeluarkan di beberapa universiti dan kolej. Saya pilih di kolej Meatech Bangi.

"Saya layak sertai berdasarkan daripada pencapaian lebih 20 tahun dan pengalaman dalam industri. Mereka pula akan menilai menerusi 'homework' dan ujian yang diberikan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat pr0duksinya akan melakukan penggambaran untuk drama terbaru mereka 'Iqbal' untuk tayangan pada Ramadan tahun depan di TV Okey RTM.

"Penggambaran 30 episod ini dibuat di Malaysia dan Istanbul Turki. Ia arahan bersama saya dan Amor Rizan. Pelakon utamanya Hariz Hamdan dan Hazwani Helmi. Ia sebuah cerita Islamik berkaitan pereka fesyen muslimah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: