06 July 2024

MAKIN DITERIMA DI CHINA - DOLLA RASA GEMBIRA



"Rakyat dari China terima kami dengan baik. Sebenarnya kami ada mendapat permintaan membuat persembahan di sana, tapi masanya tak kena kerana bert£mbung dengan konsert kami.
"Semoga pada masa depan akan dapat banyak lagi peluang. Agak meng£jutkan selepas kemunculan kami menerusi pr0gram itu, kami juga makin diterima baik dalam kalangan peminat kaum Cina di sini yang turut mengikutinya.

"Kami terbuka untuk merakamkan lagu Mandarin juga jika ada peluang," kata anggota kumpulan Dolla, Tabby, dimana ahlinya yang lain iaitu Angel dan Sabronzo gembira apabila semakin diterima di China, selain peminat dalam kalangan kaum Cina makin bertambah.

Selepas muncul dalam pr0gram 'Show It All' di China, Dolla memberitahu, mereka terpaksa menolak permintaan membuat persembahan di negara itu kerana sibuk dengan persiapan untuk konsert mereka bulan depan.

Dalam perkembangan terkini, Dolla sudah semakin rancak melakukan persiapan konsert 'Dolla Rebirth Experience' yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan. Difahamkan, latihan Dolla kali ini juga jauh lebih k£ras.

"Kami berlatih selama enam jam setiap hari. Banyak aspek yang kami fokus termasuk ke gimnasium, tarian dan latihan vokal. Kami nak sangat tunjukkan yang terbaik dan lebih hebat daripada persembahan sebelum ini.

"Corak persembahannya juga nanti akan berkali ganda lebih megah. Kami turut mendapat khidmat kareografer Ezra yang memang sebelum ini pernah menimba ilmu tarian sehingga ke Korea Selatan," ujarnya.

Sebelum ini, Dolla membuat penampilan khas pada episod pertama 'Show It All' siaran eksklusif platf0rm p£nstriman, Mango TV sebagai kumpulan senior untuk berkongsi pengalaman kepada peserta pr0gram itu sepanjang bergelar anak seni.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: