06 July 2024

"SUAMI TIDAK PERNAH MENGONGK0NG SAYA & SEMUANYA OKAY SAJA" - NAD ZAINAL KATA SUAMI BANYAK AJAR



Sejak berumah tangga lebih setahun lalu, pelakon Nad Zainal, 34, menafikan dakwaan dimana suaminya yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz, 39, mengongk0ng kerjaya seni dan kehidupannya.
Dalam pada itu, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin menjelaskan, suaminya itu banyak memberikan bimbingan dalam menentukan hala tuju hidupnya.

"Suami tidak pernah mengongk0ng saya dan semuanya okay saja. Kalau mengongk0ng, pasti kita akan berasa tert£kan dan terb£ban tetapi ini biasa saja. Normal seperti pasangan suami isteri lain.

"Ketika hamil, memang saya kurang aktif tetapi masih ambil tawaran berlakon. Selepas bersalin pun, saya berlakon semula.

"Bagi saya, itu bukan mengongk0ng. Sebaliknya, suami sekadar mengingatkan diri ini," katanya.

Disamping itu, ditanya sama ada dia selesa dengan cara Ungku Ismail itu, Nad berkata, dia percaya suaminya itu mampu membentuk dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih bertanggungjawab.

"Saya juga suka kalau ada orang yang boleh mel£ntur saya. Tidak bermakna kalau sudah berkahwin saya tak boleh berlakon.

"Hidup saya kini banyak berubah selepas berkahwin dan semakin tenang berbanding dulu," ujar Nad yang turut memberitahu, dia juga perlukan orang yang faham situasinya sebagai ibu dan pelakon.

"Suami adalah individu yang faham akan keadaan ini kerana dia juga pelakon. Jadi mudah untuk kami mencorak kehidupan.

"Sebelum ini semua benda saya nak buat dan terg£sa-g£sa hingga akhirnya saya jadi seorang yang pemar@h akib@t t£kanan. Tetapi sejak ada suami, dia banyak ajar saya perkara yang saya tak sedar," tuturnya.

Untuk makluman, Nad sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015, sebelum bercerai pada September 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4.

Nad kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia sembilan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: