06 July 2024

MENANG PINGAT EMAS WCOPA - SITI NURHALIZA KAGUM DENGAN PENCAPAIAN ANAK SAUDARA



"Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya bawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara," tutur penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kagum dengan pencapaian anak saudaranya, Umai kerana sudah mengharumkan nama negara.
Siti berkongsi detik kemenangan anak saudaranya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Anak saudara Siti berjaya meraih pingat emas menerusi kategori Junior Champion Vocalist 2024 di pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, berjaya menewaskan empat lagi finalis selepas mempertaruhkan lagu berjudul 'A Natural Woman' nyanyian asal Aretha Franklin.

Sebelum itu, Siti dilihat teruja memuat naik video anak saudaranya itu membuat persembahan dengan baik.

Pada saringan pertama, Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Umai kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: