06 July 2024

TERPAKSA PULANG AWAL - ALYAH DAPAT SELESAIKAN IBADAH HAJI WALAUPUN TAK SIHAT



"Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai walaupun sepatutnya saya pulang pada 17 Julai ini.

"Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk, rusuk kiri saya macam mencucuk.

"Doktor bekalkan ubat tah@n s@kit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus tiba di tanah air."

Jelas penyanyi Datin Alyah menerusi perkongsian di Instagram Story, dimana dia yang sepatutnya pulang dari mengerjakan haji pada 17 Julai ini terpaksa pulang lebih awal kerana mengal@mi mas@lah kesihatan.

Kata Alyah, dia tiba di tanah air kelmarin dan kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Dalam masa sama, Alyah turut memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar kepadanya.

"Sekarang saya ditah@n di hospital. Pada sesiapa yang menelefon atau menghantar WhatsApp, saya minta maaf banyak-banyak.

"Mohon doakan saya harap pagi ini keputusan x-ray dan darah saya tidak ada apa-apa," tutur Alyah yang berangkat ke Makkah bagi mengejarkan ibadah haji, pada 12 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, pengurus kepada Alyah iaitu Aida Arisya memaklumkan, penyanyi itu berjaya menyelesaikan ibadah haji walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.

Aida ketika dihubungi memberitahu, sepanjang berada di Tanah Suci pada 12 Jun lalu hingga kelmarin, Alyah terpaksa menerima rawatan di hospital sebanyak dua kali.

"Alhamdulillah, Alyah berjaya menyempurnakan ibadah haji. Cuma dia tidak berkesempatan ke Madinah saja. Keadaan Alyah di Makkah tidak berapa baik apabila kerap batuk dan terpaksa ke hospital sebanyak dua kali.

"Disebabkan itu, Alyah mengambil keputusan pulang ke tanah air kelmarin dan menerima rawatan di sini kerana bahagian rusuk kirinya s@kit apabila batuk," katanya.

Menurut Aida lagi, Alyah yang kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor, dilaporkan stabil, namun keadaannya masih lem@h.

"Alhamdulillah, doktor beri dia antibi0tik sejak semalam. Alyah beritahu suhu di sana panas sekitar 53 hingga 55 darjah Celcius. Jadi, dia kerap batuk dan membawa sehingga dua minggu.

"Disebabkan itu terdapat j@ngkitan apabila dia kerap batuk hingga menyebabkan rusuk kirinya mengal@mi kes@kitan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: