04 July 2024

"DOAKAN SAYA KEKAL ISTIQAMAH... SEMOGA PERUBAHAN INI MEMBERI KEMANISAN DALAM HIDUP SAYA" - NORA DANISH AKUI BERTUDUNG ATAS PILIHAN SENDIRI, TANPA DES4KAN ATAU PAKS4AN



Semua sedia maklum mengenai penampilan terkini pelakon Nora Danish, dimana dia dilihat tampil berhijab sejak kebelakangan ini.
Berhubung itu, Nora memberitahu, dia sudah lama memasang niat untuk berhijab, namun belum ada kekuatan sebelum ini.

Bagaimanapun, Nora memilih untuk tidak mengesahkan perkara itu, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan buat dirinya.

"Sebenarnya saya sudah lama pasang niat nak bertudung, tapi belum ada kekuatan itu sebelum ini.

"Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung).

"Saya t@kut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya, sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.

"Apa yang mampu saya kongsikan, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya," tuturnya.

Dalam pada itu, Nora berkata, sebagai wanita yang mencecah usia 42 tahun, dia ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik.

"Saya buat keputusan ini tanpa des@kan atau paks@an sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.

"Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama.

"Apapun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya," katanya.

Sebelum ini, Nora menc£tuskan tanda tanya melalui hantaran di Instagram apabila tampil berhijab.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: