04 July 2024

ISTERI BERI 'LAMPU HIJAU' - ARIFF BAHRAN LUAH RASA SYUKUR BERJAYA MILIKI KERETA IMPIAN, PORSCHE HASIL MAIN 'TR4DING', JUAL BELI BARANGAN MEWAH



"Alhamdulillah, selepas beberapa tahun buat trading, akhirnya menjadi pemilik kereta Porsche."

Demikian tutur penyanyi Arif Bahran yang meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Porsche Cayman 718 yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000, baru-baru ini.
Bahran yang berkongsi perkara itu menerusi TikT0k itu berkata, dia akhirnya memiliki kereta idaman itu selepas bertahun-tahun terlib@t dalam aktiviti 'tr@ding' atau pel@buran mata wang as1ng.

Dalam pada itu, Bahran berkata segala pen@t lel@h dan titik peluh akhirnya membuahkan hasil serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah mengh1nanya dulu.

"Kerja bersama, peroleh hasil bersama, luah masa bersama. Another year, another dream come true. Oh ya kepada yang mengh1na aku dahulu, terima kasih. Tanpa anda saya tidak akan berada di sini," katanya.

Sementara itu, Bahran memberitahu, dia terk£jut apabila isterinya iaitu Amirah Syzwani memberi 'lampu hijau' untuk dia memiliki kereta mewah tersebut.

Tambah Ariff, impiannya untuk memandu kereta mewah itu akhirnya menjadi kenyataan selepas isterinya itu membuat k£jutan dengan membayar wang tempahan kenderaan itu.

"Saya memang dah lama teringin nak beli kereta ini tapi selagi isteri belum beri keizinan, saya t@ngguhkan impian membeli kereta ini.

"Tak sangka baru-baru ini dia buat k£jutan dan merestui saya membeli kereta ini memandangkan ia adalah kereta dua pintu yang agak terhad untuk dibawa bersama keluarga," ujarnya,

Menurut penyanyi itu lagi, dia tidak mampu membeli kereta mewah berkenaan sekiranya hanya bersandarkan kepada kerjaya nyanyian semata-mata.

Selain itu, ujar Bahran, dia kini berjaya membuktikan pemb@bitannya dalam pel@buran mata wang dan jual beli barangan mewah berjaya mengubah nasib hidupnya.

"Saya bersyukur dapat miliki kereta impian ini. Dulu masa aktif menyanyi, belum tentu saya ada peluang nak dapat kereta ini.

"Saya akui fokus utama saya sekarang adalah dalam dunia perniagaan. Saya tak tahu di mana sil@pnya kehadiran saya sebagai penyanyi suk@r diterima, jadi saya perlu cari alt£rnatif lain untuk terus hidup.

"Alhamdulillah sepanjang lapan tahun ini saya begitu fokus dalam 'tr@ding' dan jual beli mata wang as1ng serta barangan mewah. Saya juga mempunyai butik di Subang untuk barangan mewah yang saya jual beli.

"Walaupun kerjaya saya ini ramai yang tak yakin mampu pergi jauh, tapi selagi kita kons1sten dan perbesarkan empayar yang dimiliki, Insya-Allah kejayaan akan datang.

"Saya juga bukan macam orang lain yang mencari ahli baru untuk perniagaan yang diusahakan ini, tetapi saya sekadar berkongsi segala tips secara percuma di media sosial.

"Kalau rasa nak belajar, dipersilakan. Tapi saya beritahu dunia 'tr@ding' ini tak mudah kerana ambil masa bertahun untuk kita betul-betul faham dan berjaya," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: