04 July 2024

SELEPAS DUA BULAN - UQASHA SENROSE DEDAH WAJAH ANAK DALAM MAJLIS AKIKAH & TAHNIK



"Acara Akikah & Tahnik puteri kami 💕 Alhamdulilah syukur Ya Allah terima kasih banyak2 @ustazwadiannuar sudi tahnik kan puteri Qasha 💕😭.. Semoga menjadi anak yang solehah anak ku 💕"

Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose, dimana dia akhirnya mendedahkan wajah anak kesayangannya dan suami, pelakon Kamal Adli iaitu Haura Uqaira yang kini berusia dua bulan.

Wajah comel Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu itu dikongsikan Uqasha menerusi Instagramnya ketika majlis akikah dan kesyukuran yang diadakan baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, si comel Uqaira ini dilihat lena tidur dalam pangkuan ibunya ketika majlis tersebut.

Bukan itu sahaja, ibu dan anak keduanya kelihatan cantik dengan busana serba merah jambu yang digayakan sedondon bersama Uqaira.
Meninjau diruangan komen pula, rata-rata pengikut pasangan ini terpesona dengan kelembutan wajah comel Uqaira yang saling tak tumpah seperti ibunya.

Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: