04 July 2024

ISU VIDEO BUKA BAJU, BOTAKKAN KEPALA - MILA YAKIN NONNY ADA SEBAB MUAT NAIK



"Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang burvk.
"Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam lepas, she is good and she is happy."

Ujar penyanyi dan usahawan Mila Jirin, dimana dia beranggapan rakan baiknya, pelakon Nonny Nadirah ada sebab memuat naik video membuka baju dan membotakkan kepala di media sosial semalam.

Jelas Mila, dia baru saja berhubung dengan Nonny berapa jam lalu dan rakannya itu dalam keadaan baik sahaja.

Dalam pada itu, Mila turut berkata, dia sempat berkongsi idea dan memberikan kata-kata semangat kepada Nonny yang sedang menjalankan perniagaan atas talian.

"Nonny juga sempat memprom0sikan dan berkongsi pendapat tentang perniagaan online dia 'Mataheart Mist Spray' untuk fabrik dan rambut.

"Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan online yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: