31 July 2024

ISTERI TAMPIL BERNIQAB - SHUKRI YAHAYA BERI SOKONGAN



"Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya."
Itulah kata pelakon Shukri Yahaya mengenai penampilan isterinya iaitu Tya Adnan, dimana dia tampil mengenakan niqab sehingga ia menjadi perhatian ramai di Instagram.

Jelas Shukri, isterinya itu sudah lama mengenakan niqab, dimana dia melihat perubahan isterinya sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu dan tidak jangka kekal hingga ke hari ini.

Tambah pelakon drama '7 Hari Mencintaiku' itu lagi, isterinya tampil pertama kali berniqab secara terbuka ketika hadir sebuah acara bersama.

"Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksi@t. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.

"Tapi rupanya tidak... dia terus berniqab sejak itu," ujar Shukri yang turut tumpang gembira dan menyokong perubahan isterinya itu dalam menjaga aurat.

"Sebagai suami, saya terima perubahan yang dari isteri saya. Saya bersyukur dapat isteri yang menjaga aurat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: