05 July 2024

K£NA S£RANGAN JANTUNG - AZAN SCAN DIKEJARKAN KE HOSPITAL



Malam semalam, vokalis kumpulan Scan iaitu Azan telah dimasukkan ke Hospital Kajang, akib@t s£rangan jantung.
Isteri kepada Azan iaitu Ismaliza Ismail ketika dihubungi, mengesahkan perkara ini serta memaklumkan suaminya itu pada mulanya ditempatkan di zon kuning hospital terb@bit.

"Hari ini Azan dah jalani pros£dur rawatan angi0gram iaitu pr0ses memasukkan kamera untuk periksa mana-mana bahagian yang tersumb@t.

"Doktor kata memang ada tersumb@t. Tadi dah dimasukkan satu st£nt dengan belon. Sekarang suami dah masuk Wad 2, katil 26, Hospital Kajang," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan Azan, Ismaliza berkata, beberapa hari kebelakangan ini, suaminya itu mengal@mi mas@lah s@kit dada dan berpeluh.

"Jadi semalam saya bawa dia ke Klinik Kesihatan Beranang. Di sana doktor maklumkan bacaan jantung dia tak stabil jadi doktor rujuk ke Hospital Kajang.

"Semalam dah buat scan, x-ray dan ambil dar@h. Jadi dari situ doktor mengesahkan simpt0m yang dia al@mi itu s£rangan jantung.

"Situasi jantungnya agak lemah semalam dan hari ini doktor rujuk pula ke Hospital Serdang untuk masukkan kamera untuk tahu bahagian mana yang tersumb@t," katanya.

Untuk makluman, Azan atau nama sebenarnya, Noorhazan Rashid, 52, pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelapan pada 2021.

Dia meniti populariti bersama Scan menerusi lagu popular 'Kau Dipaksa Aku Terpaksa'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: