04 July 2024

KONSERT SEARCH GEMURUH - PERSEMBAHAN DIN4MIK & KAR1SMA AMIR MASDI BERJAYA HIBURKAN PEMINAT



Sebelum ini, perancangan pemain gitar adik-beradik iaitu Din dan Kid, mempert@ruhkan Amir Masdi sebagai penyanyi Konsert Search Gemuruh telah menc£tuskan persoalan di kalangan peminat setia mereka.

Ada yang mempertik@ikan kemampuan Amir yang juga penyanyi generasi baharu itu dalam menggalas tanggungjawab besar mengisi tempat yang pernah diisi oleh penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjalez bersama kumpulan legenda, Search.

Persoalan itu nampaknya telah terjawab apabila Amir membuktikan kualiti persembahannya menerusi Konsert Search Gemuruh yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar

Amir yang merupakan bekas juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia 2016 (AF2016), dilihat telah memberikan segala apa yang ada padanya, sekali gus berjaya menghiburkan 2,000 peminat setia Search yang hadir.

Malah persembahan Amir juga berjaya menyaingi persembahan Denden, dimana ia tidak keterlaluan dan dikatakan jauh lebih hebat dari Denden yang bersama Search menerusi lima konsert berskala besar.

Bukan itu sahaja, Amir nampaknya berjaya memberikan em0si menerusi setiap lagu yang dinyanyikan dan persembahan tersebut sudah tentunya terus menjadi perhatian.
Amir yang mempunyai pakej suara lantang, merdu dan penuh penjiwaan memungkinkan dia untuk kekal bersama Search untuk projek berikutnya. Ini kerana Amir telah memberikan nyawa baharu untuk lagu-lagu Search.

Selain itu, Amir dilihat tidak tert£kan, malah ada ketika melont@rkan vokal sambil tersenyum sebagai tanda dia menjiwai lagu-lagu yang disampaikan.

Ternyata uj1an besar berjaya dilalui oleh Din dan Kid yang mesra dengan panggilan Kid Din yang ber@ni mengambil ris1ko.
Selain kes@nggupan Amir sendiri yang ber@ni menyahut cab@ran diberikan untuk mengambil alih posisi penyanyi yang sering jadi tumpuan.

Search diterajui Kid Din yang menjadi perancang dan peneraju utama konsert serta dibantu Amir, Rozaimi (bass), Min (dram) serta Pengarah Muzik, Rozario Rasul tampil di atas pentas dengan disambut sorakan peminat.

Mereka tidak menunggu lama apabila memilih menampilkan muzik bertenaga 'Henjut', 'Pelesit Kota', 'Metropolitan' serta 'Diari Habil dan Qabil'.
Persembahan Kid Din serta barisan pemuzik lain tidak perlu dipertik@ikan lagi, manakala Amir pula memberikan din@mik dan kar1sma menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan.

Suasana selepas itu berubah apabila lagu 'Fantasia Bulan Madu', 'Pembakar Perasaan', 'Honky Tong Kosong' dan 'Orait Mama' ditampilkan yang seakan membawa peminat kembali ke zaman kegemilangan rock.

Suasana hangat dan ranc@k berubah menjadi hen1ng seketika apabila pentas memaparkan video tribute kepada Allahyarham Yazit Ahmad yang mengabdikan jasanya sehingga akhir hayat kepada Search.
Ia diikuti oleh sumbangan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi wakilnya sebanyak RM5,000 serta penganjur konsert, Big Stage Entertainment juga sebanyak RM5,000 kepada keluarga Yazit yang diterima oleh isterinya Ramlah Ahmad dan anaknya, Shafiqa Nurlis.

Persembahan diteruskan lagi dengan lagu 'Bisa', 'Rozana', 'Bersalah Atau Tidak', 'Di Pintu Sepi', 'Fenomena', 'Gadisku', 'Pawana', 'Pasti' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.

Kid Din membuktikan mereka masih kekal memegang takhta sebagai Raja Rock tanah air dengan skil persembahan yang kekal hebat dan utuh, sekali gus menjadikan malam itu malam yang akan diingati.
Terlebih dahulu konsert ini dimulakan dengan pembukaan oleh barisan pemuzik hebat iaitu Muzza (gitar), Ritz Metalasia (gitar), Fly (bass), Addy Cradle (gitar), Ujang Exist (dram).

Mereka mempersembahkan lima lagu medley popular Search iaitu 'Akhirnya', 'Menara Kes£satan', 'Neo Romantik', 'Teguh', dan 'Andainya Ku Miliki Semalam'.

Persembahan berikutnya menampilkan penyanyi istimewa dari Indonesia, Jovita Pearl (X-Factor Indonesia), bersama Naimi (dram) menerusi lagu berjudul 'Emanuelle'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: