04 July 2024

"AYAH SAYA SEBENARNYA SUDAH KAHWIN EMPAT KALI... SAYA GEMBIRA LIHAT DIA BAHAGIA" - ANAK M JAMIL



Penerbit, pengarah dan pelakon, M Jamil, 59, kini difahamkan sudah berkahwin kali keempat pada tahun 2016 dan kini dijaga oleh isteri baharunya.

Perkara itu dimaklumkan anak M Jamil yang juga pelakon, Sadiq Jamil, 26, dimana dia berkata, bapanya itu berkahwin baharu selepas ibunya meninggal dunia.

Ujar Sadiq lagi, dia gembira hubungan antaranya dengan keluarga baharu akrab, selain sentiasa berhubung.

"Ayah saya sebenarnya sudah kahwin empat kali. Sudah lama sejak mak saya meninggal dunia dan saya gembira lihat dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Saya pun sayang dengan keluarga baharu saya.

"Isteri pertama saya tak pernah jumpa, isteri kedua saya anggap macam mak saya sendiri, ketiga pula ibu saya tetapi meninggal dunia. Sekarang mak tiri baharu dan kami sekeluarga tiada mas@lah.

"Hubungan dengan adik-beradik semua sangat akrab dan tiada mas@lah, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain," jelasnya.

Disamping itu, Sadiq berkata, dia juga memang kerap menjenguk bapa serta keluarga baharunya itu.

Klik untuk gambar besar

Bahkan, jelasnya, dia serta adik-beradik kini menggalas tanggungjawab bantu ringankan bapanya itu selepas tidak mampu bekerja akib@t str0k.

"Kami adik-beradik setiap minggu melawat dia dan semua juga bantu dari segi kewangan sebab ayah dah tak bekerja," tuturnya yang juga cucu kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad itu.

Ditanya perkembangan kesihatan M Jamil pula, Sadiq memaklumkan, keadaannya baik-baik setakat ini. Katanya, ser@ngan str0k meng£jut dial@mi bapanya sebelum ini mungkin disebabkan keletihan serta tabi@t merok0k.

"Alhamdulillah ayah saya sihat cuma sudah enam tahun al@mi str0k. Dia di rumah dan di jaga oleh mak tiri saya.

"Waktu kena str0k itu, masa kami nak pindah rumah, dia letih kemudian tiba-tiba kena s£rangan jantung. Dia juga merok0k dan ada s@kit kenc1ng manis jadi itu antara puncanya," tuturnya.

Untuk makluman, M Jamil bercerai dengan isteri pertama dan kedua dalam perkahwinan terdahulunya. Sementara, isteri ketiganya yang juga ibu Sadiq pula meninggal dunia.

Hasil daripada empat perkahwinan itu, M Jamil memiliki 11 orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: