08 July 2024

PERCUTIAN BERAKHIR DI HOSPITAL - WAJAH SUAMI SHARIFAH ZARINA BERTUKAR PUC4T SELEPAS MAKAN DURIAN



Nampaknya percutian penyanyi Sharifah Zarina tidak berakhir dengan kegembiraan apabila suaminya, Buswani Abdillah yang menikmati buah durian pada Ahad, terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang.

Kata Zarina atau nama penuhnya, Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, dia mula sedar ada sesuatu tidak kena selepas suaminya itu meng£rang kes@kitan, selain wajahnya bertukar puc@t selepas makan buah berkenaan.

Bagaimanapun, jelasnya, dia lega apabila doktor memberitahu punc@ keadaan suaminya itu disebabkan gas durian berlebihan di dalam perut.

"Kami makan durian di sebuah ladang di Pulau Pinang. Suami saya meng@du s@kit perut sampai keluar masuk tandas.

"Saya mula ris@u tengok dia meng£rang kes@kitan sambil tunduk dan tidak bergerak dengan muka puc@t... Jadi saya terus bawa dia ke hospital berdekatan.

Klik untuk gambar besar

"Rupanya doktor beritahu punc@ dia s@kit perut sebab gas durian yang berlebihan dalam perut," tuturnya.

Zarina turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya, dimana dia memuat naik video menunjukkan dia sedang menemani suaminya yang sedang terbaring di katil hospital.

Sementara itu, ditanya mengenai keadaan terkini suaminya, Zarina memberitahu, Buswani semakin pulih selepas mendapatkan rawatan.

Tambah Zarina lagi, mereka sekeluarga juga sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas tiga jam suaminya dirawat di hospital.

"Doktor beritahu keadaan dia tak t£ruk pun, selepas diberi sunt1kan keadaan dia dah kembali pulih.
"Rawatan pun hanya dalam dua ke tiga jam sahaja dan kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.

"Sekarang dia semakin pulih berbanding keadaannya semalam," ujar Zarina yang berkata, dia tidak menyangka perkara berkenaan bakal berlaku, memandangkan mereka sekeluarga hanya menjamah tiga biji durian.

Apa menimbulkan kemusykilan, suaminya itu tidak pernah berd£pan sebarang mas@lah kesihatan, meskipun makan durian dalam kuantiti banyak sebelum ini.

"Padahal kami makan sikit saja dalam tiga biji saja, saya dan anak-anak okay saja. Mungkin sebab durian di sana kuat berbanding tempat lain.

"P£liknya sebelum ini pun dia tak pernah macam ini, padahal dia makan sebelum ini lagi banyak dari semalam tapi tak tahu kenapa kali ini boleh jadi macam ini," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: