06 July 2024

"SAYA BELUM BERSEDIA UNTUK BERI SEBARANG KENYATAAN..." - NONNY



Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 34, memuat naik satu hantaran video di akaun Instagram miliknya, dimana dia bertind@k membuka baju dan membotakkan rambutnya.
Nonny ketika ditanya mengenai video tersebut bagaimanapun berkata, dia belum bersedia untuk memberikan komen berhubung tind@kannya itu.

Ujar Nonny lagi, dia memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai perubahan imejnya itu buat masa ini.

"Saya mohon maaf. Saya belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan atau ditemu bual buat masa ini. Mohon doakan yang terbaik buat saya," tuturnya.

Nonny yang kembali mencuri perhatian ramai selepas sekian lama mendiamkan diri di media sosial, memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan sihat.

Katanya, dia kini sedang memberi fokus kepada dua penari kelahiran Perancis yang kini menjadi idolanya iaitu Laurent dan Larry Nicolas atau lebih dikenali sebagai Les Twins.

"Saya begitu meminati mereka. Saya baru kenal Les Twins pada 1 Januari lalu melalui video viral mereka di TikT0k.

"Mereka sangat meminati penyanyi Beyonce dan sangat terkenal. Saya harap mereka akan datang ke Malaysia," katanya.

Terdahulu, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, meng£jutkan pengikutnya di Instagram apabila tampil dengan imej baharu.

Menerusi klip video yang dipaparkan di media sosial itu, Nonny yang memakai cermin mata hitam itu kelihatan membuka bajunya dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertind@k memotong rambutnya dengan mesin pencukur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: