02 July 2024

SEMPENA HARI LAHIR MARISSA KE-19 - NORMAN HAKIM TITIP UCAPAN ISTIMEWA : "PAPA SAYANG ADIK, SAYANG ASLAM & SAYANG UMISYA... SEMUA ANAK-ANAK PAPA JUGA, UJ1AN HIDUP KITA BERBEZA"



"Hari ni... sembilan tahun yang lepas, papa dapat 'surat cinta' daripada adik. Surat yang comel sangat-sangat. Bukan setakat comel, tapi sangat mendalam segala maksud yang tersir@t walau dic0ret oleh anak yang berusia 10 tahun.
"Mama dan mummy pun dapat surat sorang satu daripada adik. Hil@ng segala bel£nggu lel@h bila dapat surat ni daripada adik. Abah masa tu baru 'salam perkenalan' dalam keluarga kita.

"Dan hari ni juga... 19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran adik dalam kereta. Tak sempat bawa Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.

"Papa ingat lagi perkataan pertama yang keluar daripada mulut mama bila adik dah keluar sepenuhnya. Adik menangis sekejap saja, lepas itu diam."

Demikian tulis pelakon Norman Hakim dilihat ada memuat naik perkongsian ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, pemp£ngaruh media sosial iaitu Marissa Dania Hakim yang ke-19 tahun.

Menerusi perkongsian tersebut, Norman mengenang kembali memori ketika dia menerima 'surat cinta' daripada anaknya itu ketika berusia 10 tahun, termasuk momen yang dia tidak akan lupa, iaitu ketika menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta.

Dalam pada itu, Norman berkata, tiada apa yang dapat memisahkan mereka, selain daripada kem@tian serta meluahkan rasa sayang pada menantunya, Aslam serta madu anaknya iaitu Umisya.

"Hanya m@ti yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik kat kehidupan akhirat yang hakiki InsyaAllah.

"Papa sayang adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak papa juga. Uj1an hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus.

"Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: