29 October 2024

BILA NABILA RAZALI TERINGIN NAK MENGIDAM P£LIK-P£LIK MACAM BAU TAYAR



"Setakat ini saya tidak mengidam yang p£lik-p£lik. Cuma itulah saya teringin nak makan burger Ramly dan kek, semuanya benda mudah cari.

"Saya pun teringin juga nak mengidam perkara macam bau tayar ke, saya pun menanti perkara-perkara itu tetapi belum rasa lagi.

Ujar penyanyi dan pelakon Nabila Razali dimana dia meluahkan rasa syukur tidak mengalami al@han atau mengidam p£lik-p£lik sepanjang kehamilan anak pertamanya, namun menantikan momen mengidam p£lik-p£lik seperti yang dilalui wanita lain.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Nabila turut menjelaskan, dia mengambil masa untuk umumkan berita kehamilan kerana mengikut pesanan orang tua.

"Saya banyak mendengar petua orang tua, seelok-eloknya kita simpan berita kehamilan dulu sampai satu tempoh masa sebelum umumkan kepada semua.
"Sebenarnya saya mahu mengambil masa untuk mengumumkan kehamilan ini tetapi disebabkan ramai yang sudah bertanya dan ada yang komen dalam media sosial, saya pun tidak mahu biarkan orang buat spekulasi sendiri.

"Saya rasa lebih baik begitu dan disebabkan itu saya umumkan kehamilan awal bulan ini. Itu pun sudah memasuki penghujung trimester kedua," katanya.

Awal Oktober lalu, Nabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: